Oleh Kamarulzaidi Kamis
kamarulzaidi@bharian.com.my
2010/05/08
KUALA LUMPUR: Bank Negara menyerbu pejabat The Gold Label Sdn Bhd, di sini, sebuah syarikat yang dipercayai mengambil deposit secara haram berjumlah berjuta ringgit membabitkan pelaburan emas dengan dijanjikan pulangan yang tinggi.
Difahamkan, serbuan yang dilakukan kelmarin, dibuat susulan beberapa aduan dan pertanyaan orang ramai mengenai kesahihan syarikat itu yang menjanjikan pulangan pelaburan 2.5 peratus sebulan atau 30 peratus setahun.

“Difahamkan syarikat itu menerusi ejennya menawarkan pelabur membeli emas dan mendapat rebat 2.5 peratus. Selagi pelabur menyimpan emas dan kontrak, dia akan mendapat 2.5 peratus pulangan setiap bulan. Bagi mendapatkan pulangan itu pada bulan seterusnya, pelabur dikehendaki menunjukkan emas dan memperbaharui kontrak,” kata sumber berkenaan.
Bank Negara dalam kenyataannya semalam pula memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap syarikat yang berpangkalan di Mid Valley itu kerana disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen dan pengubahan wang haram.
Siasatan dibuat mengikut seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).
“Serbuan dilakukan di pejabat The Gold Label Sdn Bhd di premisnya di Northpoint Offices, Tower A, Mid Valley City, Kuala Lumpur. Sejumlah aset dan dokumen syarikat berkenaan dirampas untuk tujuan penyiasatan,” kata kenyataan itu.
Serbuan terhadap syarikat itu adalah yang ketiga tahun ini selepas Dencomm Sales & Services Sdn Bhd dan Semangat Teknologi Gagah Sdn Bhd pada 21 April kerana disyaki melakukan kesalahan sama.
Sehubungan itu, Bank Negara mengingatkan orang ramai supaya mengelak daripada mendepositkan wang mereka dengan syarikat tidak berlesen. Orang ramai boleh menyemak senarai institusi berlesen yang dibenarkan mengambil deposit menerusi laman web www.bnm.gov.my dan laman web Amaran Penipuan Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my.
Baru-baru ini, Berita Harian mendedahkan 150,000 pelabur menanggung kerugian lebih RM300 juta kerana sikap tamak mereka mendapat ‘wang besar’ dengan menyertai skim cepat kaya atau skim pelaburan haram di seluruh negara sejak tahun lalu.
Sejak Januari tahun lalu, sembilan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
Dalam tempoh sama, empat syarikat dan mereka yang disyaki mengendalikan aktiviti skim cepat kaya dihadapkan ke mahkamah. Syarikat berkenaan adalah Gemilang Mirza Sdn Bhd, Noradz Travel & Services Sdn Bhd, Buluhmas Enterprise Sdn Bhd dan Eastana Farm Industries Sdn Bhd.

No comments:
Post a Comment